Monday, November 10, 2008

Our journey is here..
"..No one can go back and make a new beginning,
but anyone can start today and make happy ending.."
-memori Sg. Pisang bersama najmul dan asyaf

Sunday, November 09, 2008

"..Akak, betulke raksasa hitam ni makan budak kecik?.."
20 tahun yang lalu..kali pertama tengok gajah... ^_^
berjalan, melihat, mentafsir..

"Saat Gembira pujilah ALLAH,
saat kesunyian carilah ALLAH,
saat kesakitan yakinilah ALLAH,
saat demi saat ingatilah ALLAH,
Nescaya kan tenang hatimu.."

Friday, September 09, 2005


Kenangan bersama anak-anak comel di EDUCARE IIU..Haireen Hana, Ameera, Aiman dan Amirul..

Menatap wajah bersih anak-anak kecil ini..
Menggamit kenangan masa lalu..
Terkenang kembali zaman riangku..
Alangkah seronoknya daku ketika itu..
Tiada bahasa yang bisa ku luah melainkan ketawa gembira..

Hari-hari yang berlalu bagai tak terasa detiknya..
Sesenyap degupan jantung menantikan saat hentinya..
DEMI MASA! Bersumpah yang Maha Esa..
Sesungguhnya kita semua kan kembali pada-Nya..
Hanya amalan penyelamat kita di sana..

Monday, August 29, 2005

kembali...

Assalamualaikum..

Aduhai..Lama sungguh rasenya diri ini tidak menjejak ke laman sendiri, hampir 2 bulan ke sana sini, berkelana di bumi sendiri, mengembara mencari identiti, menyusul pelbagai onak duri, akhirnya pulang jua ke laman budi, ...Fikrul Islami.. Masih mekar di laman hati,..

Buat teman-teman seperjuangan, Maafkan teman...

Tiada ape yang ingin diperkatakan melainkan Selamat Meneruskan Perjuangan..

Teringat pula pada serangkap nasyid..

Perjalanan kita masih jauh....
Jalanan Berliku bakal kita tempuh..
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat...
Penguat semangat..
Menempuh masa hadapan...


....... Pesan seorang sahabat kepada diri ini...

" Sesungguhnya..sesuatu yang mudah diperolehi itu jarang dihargai..."

Terdetik di hati ini, ade benarnya kate2 sahabat ni..kite sering melihat kesenangan orang lain di sekeliling kite..di situ terasa diri bagai tidak berharga, tidak berguna...tidak bernasib baik, tapi...rupa2nya kita tidak sedar bahawa kitalah orang paling bertuah dalam hidup ini..percaya atau tidak...

Same2 kite fikirkan..

Thursday, May 12, 2005

Bicara Diri...

Wahai Teman Sejati...
Dua Keadaan yang selalu kau terima daripada manusia..
Pujian dan Celaan..
Jadilah orang yang bijaksana..
Bagaikan batu yang teguh tidak bergoncang..
Ditengah-tengah pujian dan celaan..

Duhai Sahabat Tercinta...
Dunia ini penuh dengan aneka kesusahan..
Dengan taqwa, kau tidak akan susah..
Sebagaimana ikan tidak masin..
Walaupun tinggal di air laut yang sangat masin..

Duhai Sayangku..
Ilmu ada di mana-mana..
Dan Kutiplah bila kau jumpa..
Ketahuilah olehmu bahawa..
Setiap orang yang kau jumpai dalam hidup ini.....
Dalam beberapa hal adalah melebihi dirimu..
Belajarlah daripada semua orang..
Tiada yang lebih sempurna dari-Nya...

Wahai Pelita Hatiku..
Jika kau ingin melakukan sesuatu...
Maka lakukanlah dengan sepenuh hatimu..
Dengan penuh minat dan kesungguhan..
Kerana sesungguhnya air yang terus menitik itu..
Bisa menembus batu yang keras....
Dengan keyakinan...
Besi yang besar dapat diasah menjadi jarum....

Duhai Bunga Hati...
Apabila engkau bercakap..
Maka bercakaplah dengan hatimu...
Iaitulah dengan penuh tulus ikhlas...
Kerana sesungguhnya...
Perkataan yang keluar daripada hati...
Bisa didengari oleh hati...

Wahai Kekasih...
Dalam kegagalan dan kesusahan itu...
Tersembunyi pengalaman, rahsia hidup...
Dan nasihat kebijaksanaan yang berharga...
Orang yang mengalami banyak percubaan...
Ilmunya akan bertambah..
Dari kesusahan itu...
Terbit cahaya kesenangan dan kebahagiaan...

Duhai Yang Tersayang..
Tahap insan yang tinggi..
Ialah berasa bahagia hidup bermurah hati di antara musuh-musuh..
Dan tidak pula mencari musuh...

Wahai Permata Hati..
Ada tiga cara untuk kau mengenal seseorang..
Tidak diketahui seorang pemaaf melainkan ketika dia marah..
Tidak kenal orang itu berani melainkan waktu berjuang...
Tidak di kenal sahabat melainkan dalam waktu kesusahan..


Jadilah seorang yang sentiasa tenang dan tabah..
Dalam mengharungi mehnah kehidupan..






Tuesday, May 10, 2005

Erti Kegagalan...

…..Buat iktibar diri dan semua…
Kadang-kadang, lebih baik kita melakukan kesilapan…
Kesilapan yang mengajar erti segalanya..
Yang mengejutkan kita dari lena yang panjang….…
Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu segalanya..
Hakikat yang perlu kita terima…
Tidak ada manusia yang boleh berjaya…
Tanpa melintasi halangan,..
Setinggi mana halangan yang mampu ditempuh..
Setimpal itulah kejayaan yang bakal diraih..
Moga-moga kita tidak cepat berputus asa..
Tidak mudah kecewa..
Kerana disebalik kesusahan itu ..
Tersimpan seribu satu kesenangan..
..
Bicara Hati..
fikrul_islami

Secebis Kisah...

Sahabat…….
Masih Ingatkah kita pada suatu ketika dahulu…..
Sebelum kita dapat mengenal erti kata-kata…,
Dapat mengetahui erti perasaan,
Dapat menghayati "secebis kisah"…..
Di saat itu…
Hanya Tuhan sahaja yag maha mengetahui segalanya…
Betapa kisah dua orang manusia yang tidak jemu-jemu mengenalkan kita erti sebuah kehidupan…
Tidak pernah mengenal erti putus asa…..
Biar apapun yang melanda….
Walauapapun yang terjadi….
“Inilah satu-satunya haranpan yang kita ada….”
Bisik kedua manusia itu di dalam hati mereka….
“Inilah warisan yang akan membela kita di hari tua kelak…,
inilah permata yang akan mencerahkan alam barzakh kita
dengan linangan air mata munajat dan doa mereka….”.
“Aku memohon pada-Mu Ya Allah..,
Jadikanlah ia insan yag taat kepada perintah-Mu…”
..Doa Kedua mereka dengan titisan air mata pengharapan…
Duhai sahabatku yang dikasihi….
Setakat manakah kita telah menghayati…
kisah dua orang manusia ini…
Ketahuilah sahabatku sekalian…
Kisah ini akan terus bersambung….
Sampai bila?...
Ketika mana kita pula yang menangis….
Mengharapkan kasih yang tak terbalas, mendambakan doa. penerang alam Keseorangan…
Alangkah menyesal..diri ini…
Kerana tidak menghayati…
"Secebis kisah" pengorbanan…
Dua manusia yang bergelar ibu dan ayah....

Kembara Qalbi..

fikrul_islami

Monday, May 09, 2005

Diriku Yang Lalai...

Hatiku…
Benarkah aku meletakkan akhirat sebagai matlamat,
Sedangkan dunialah yang sering dirisaukan berbanding kehidupan selepas matiku,

Wahai Diriku..…..
Bagaimanakah aku ingin menjadi tetamu Allah yang mulia di Akhirat,
Sedangkan di dunia lagi aku tidak mahu menyahut seruan untuk menjadi tetamu di rumah-Nya…

Duhai Jiwa…
Bagaimanakah aku ingin menepati masaku dengan manusia,
Sedangkan masaku dengan Allah yang lima itupun tidak aku tepati,

Jiwaku…
Bagaimanakah aku boleh bersedih jika hajatku di dunia tidak kesampaian,
Sedangkan aku sedar bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku,

Diriku…
Bagaimanakah aku boleh sibuk membicarakan kesalahan orang lain,
Sedangkan diriku inilah yang lebih banyak kekurangan berbanding manusia lain,

Wahai Hati..
Bagaimanakah aku mampu untuk bergelak ketawa,
Sedangkan pada masa yang sama ramai saudara seIslamku yang sedang dihina, diseksa, dibunuh….

Oh Jiwa yang tenang…
Bagaimanakah aku boleh merasa tenang dengan ilmu di dada,
Sedangkan akulah yang paling dimurkai jika tidak mengamalkannya,

Duhai sanubari…
Bagaimanakah hati ini…sudah tidak lagi tersentuh apabila apabila mendengar ayat suci-Mu…
Sedangkan nyanyian yang melalaikan daripada manusia-manusia yang lebih menyentuh hati ini…

Wahai Qalbi…
Bagaimanakah aku…untuk mengubah diri ini,
Sedangkan aku tidak sedar bahawa.. diri ini hanya seorang hamba abdi..kepada-Mu Ilahi..

Bingkisan Nurani..
fikrul_islami

Kedamaian yang menipu..

“…..Ku nukilkan warkah ini…lantaran memerhatikan gelagat burung-burung yang terbang bebas di awan biru,… alangkah nikmatnya menjadi makhluk yang tidak menerima apa-apa taklifan di atas muka bumi ini…..namun apakan daya ketentuan yang Maha Pengasih..tiada siapa yang bisa menduga hikmah yang tersembunyi di sebalik tirai Qada dan Qadar-Nya….”

Bum!!!..., bunyi dentuman bom memecah kesunyian malam, semua bertempiaran lari menyelamatkan diri, keadaan menjadi huru hara, kelihatan mayat bergelimpangan di segenap penjuru jalan… apa yang bermain di fikiran ketika itu hanyala ...mati mati..….namun di suatu sudut yang lain….

Bum!!!....., bunyi dentuman bunga api…menambah kemeriahan perayaan....disusuli dengan persembahan artis-artis yang menghiburkan, kelihatan ramai yang mulai mabuk jatuh tersungkur satu demi satu di segenap penjuru jalan, ada juga yang selesa membawa pasangan masing-masing yang belum berkahwin ke sana ke mari.... . “Alangkah bersyukurnya…hidup dalam keadaan aman damai ini…..” Detik hati seorang anak muda…


Perbandingan dua situasi ini sebenarnya masih belum cukup bagi yang tak mahu menghayati dan mengambil pengajaran daripadanya…namun, tidak kira siapapun kita…. Walau di mana jua berada…ingatlah ada seseorang yang sedang berada di sisi kita sekarang!, sedarkah kita…atau kita sebenarnya kita sudah tidak merasakan kewujudan mereka lagi, nauzubillahimin zalik,… mereka hanya menuggu arahan dari-Nya….



Cetusan Hati...
fikrul_islami