Monday, May 09, 2005

Diriku Yang Lalai...

Hatiku…
Benarkah aku meletakkan akhirat sebagai matlamat,
Sedangkan dunialah yang sering dirisaukan berbanding kehidupan selepas matiku,

Wahai Diriku..…..
Bagaimanakah aku ingin menjadi tetamu Allah yang mulia di Akhirat,
Sedangkan di dunia lagi aku tidak mahu menyahut seruan untuk menjadi tetamu di rumah-Nya…

Duhai Jiwa…
Bagaimanakah aku ingin menepati masaku dengan manusia,
Sedangkan masaku dengan Allah yang lima itupun tidak aku tepati,

Jiwaku…
Bagaimanakah aku boleh bersedih jika hajatku di dunia tidak kesampaian,
Sedangkan aku sedar bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku,

Diriku…
Bagaimanakah aku boleh sibuk membicarakan kesalahan orang lain,
Sedangkan diriku inilah yang lebih banyak kekurangan berbanding manusia lain,

Wahai Hati..
Bagaimanakah aku mampu untuk bergelak ketawa,
Sedangkan pada masa yang sama ramai saudara seIslamku yang sedang dihina, diseksa, dibunuh….

Oh Jiwa yang tenang…
Bagaimanakah aku boleh merasa tenang dengan ilmu di dada,
Sedangkan akulah yang paling dimurkai jika tidak mengamalkannya,

Duhai sanubari…
Bagaimanakah hati ini…sudah tidak lagi tersentuh apabila apabila mendengar ayat suci-Mu…
Sedangkan nyanyian yang melalaikan daripada manusia-manusia yang lebih menyentuh hati ini…

Wahai Qalbi…
Bagaimanakah aku…untuk mengubah diri ini,
Sedangkan aku tidak sedar bahawa.. diri ini hanya seorang hamba abdi..kepada-Mu Ilahi..

Bingkisan Nurani..
fikrul_islami

No comments: